POLISI DAN PROSIDUR
TABUNG KEBAJIKAN KHAIRAT KEMATIAN (TKKK) SURAU ARAYYAN@LARAI (SAR)
TAHUN 2024
- PENDAHULUAN
- Tabung Khairat
Kematian (TKKK) Surau Ar-Rayyan @ Larai (SAR) adalah satu tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh Surau Ar-Rayyan @ Larai di bawah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan. TKKK Surau Ar-Rayyan@Larai ini telah bermula pada tahun 2020.
- OBJEKTIF PENUBUHAN
- TKK Surau Ar- Rayyan@Larai ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:
- Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah untuk ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.
- Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan teratur dan bertanggungjawab.
- Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.
- UNDANG UNDANG KECIL
- Kelayakan Ahli TKKK
- Penyertaan ahli dibuka kepada semua penduduk Islam di dalam kariah Surau Ar-Rayyan@Larai samada penduduk tetap atau sementara (penyewa) yang berumur 23 tahun berdasarkan pada tarikh lahir.
- Tanggungan Ahli TKKK
- Tanggungan Ahli TKKK adalah:
- Suami/ Isteri kepada Ahli;
- Anak Kandung/ Anak Tiri/ Anak Angkat sah status di bawah umur 23 tahun berdasarkan pada tarikh lahir;
- Anak berstatus OKU (**tidak mengira had umur);
- Ibu bapa yang tinggal bersama (tidak bekerja) secara kekal.
- Pendaftaran Ahli Keluarga
Secara Berasingan - Ahli keluarga seperti ibu/bapa yang tinggal bersama tidak perlu memohon menjadi ahli berasingan. Tempoh tinggal bersama hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.
- Anak atau anak-anak yang sudah mencapai umur lebih 23 tahun dan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli TKKK Surau Ar-Rayyan@Larai perlulah mendaftar sebagai ahli baru.
- Tempoh Minima Mendapat Manfaat
- Tiada tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan. Ahli layak menuntut manafat sebaik sahaja mendaftar dan menjelaskan yuran pendaftaran serta yuran tahunan semasa.
- Jumlah Ahli Keluarga Menerima Manafaat
- Faedah khairat dalam satu keluarga bagi tempoh satu tahun dengan kadar seperti di bawah:
- Ahli : RM1,300.00 Seorang
- Tanggungan Ahli Seorang : RM1,300.00 seorang
- Bayaran faedah ahli akan dibayar cuma atas kematian ahli, pasangan ahli dan tanggungan ahli yang namanya ada dalam simpanan sistem e-khairat kematian SAR
dengan syarat ada surat mati yang sah. - Atas kematian ahli sendiri, bayaran faedah ahli akan diberikan kepada waris, atas kematian pasangan akan diberikan kepada pasangan dan atas kematian tanggungan akan diberikan kepada ahli. Atas kematian serentak, bantuan akan diberikan sekali sahaja kepada waris.
- Ahli tidak layak menuntut sebarang bantuan bagi kematian anak atau tanggungan yang telah melebihi umur 23 tahun atau berkahwin walaupun nama anak atau tanggungan tersebut ada dalam senarai tanggungan ahli. Anak yang telah berkahwin hendaklah mendaftar menjadi ahli berasingan.
- Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian semata-mata mendapatkan wang sumbangan tidak layak menerima sumbangan untuk kematian tersebut, walaubagaimanapun keahliannya diterima.
- Tuntuan faedah khairat yang dibuat selepas 2 bulan kematian ahli atau tanggungan ahli tidak akan diterima.
- Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran tahunan dijelaskan dan alamat baharu hendaklah dikemaskini untuk mudah dihubungi.
- Sumbangan Yuran
- Yuran Pendaftaran
- Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10.00 sekali seumur hidup bagi setiap ahli (termasuk tanggungannya).
- Yuran Tahunan
- Yuran tahunan adalah sebanyak RM50.00 setahun bagi setiap ahli (termasuk tanggungannya).
- Kaedah Bayaran boleh dibuat secara:
- Pembayaran secara FPX toyyibpay; atau
- Secara Pindahan Atas Talian (Online Transfer) terus kepada Akaun Bank Islam di atas nama “TABUNG KEBAJIKAN (KHAIRAT) SURAU AR- RAYYAN PPAM LARAI” dengan No. Akaun16018010031652. *Salinan resit perlu diserahkan kepada AJK SAR setelah pembayaran dilaksanakan untuk tujuan kemaskini.
- Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau dibatalkan keahliannya.
- Tunggakkan Yuran Tahunan
- Ahli perlu menjelaskan bayaran yuran tahunan tanpa gagal yang dikira bermula pada tarikh ahli mula mendaftar kepada TKKK Surau Ar-Rayyan@Larai.
- Mana-mana ahli yang gagal menjelaskan yuran tahunan masih LAYAK menutut
manafaat dengan syarat: - Ahli telah membayar yuran
pendaftaran dan yuran tahunan sekurang-kurangnya satu tahun. dan; - Jumlah manafaat yang patut diterima oleh ahli atau tanggungannya sekiranya berlaku musibah akan ditolak berdasarkan jumlah tunggakan yuran tahunan pada tahun semasa.
- Ahli Yang Berpindah Kawasan SERTA Membayar Yuran Penuh
- Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari kariah Surau Ar-Rayyan@Larai adalah LAYAK menuntut manafaat TKKK Surau Ar Rayyan@Larai. sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.
- Ahli Yang Berpindah Kawasan TIDAK Membayar Yuran Penuh
- Seseorang ahli yang TIDAK membayar yuran tahunan sepenuhnya dan berpindah keluar dari kariah Surau Ar-Rayyan@Larai dalam tempoh tahun berkenaaan adalah TIDAK LAYAK menuntut manafaat sekiranya berlaku musibah kematian setelah berpindah.
- Ahli Tidak Aktif
- Terdapat dua kategori ahli tidak aktif;
- Ahli telah meninggal dunia. Dan;
- Ahli yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran untuk tempoh tiga (3) Tahun berturut-turut.
- Sekiranya berlaku musibah kematian kepada ahli, maka isteri /suami perlu mendaftar semula sebagai Ahli baru dan tidak boleh menyambung keahlian
isteri/suami yang lama/sediada. - Ahli yang tidak aktif akan dikeluarkan daripada senarai penerima manafaat TKKK Surau Ar Rayyan@Larai.
- Tuntutan Manafaat
- Mana-mana ahli atau waris yang ingin membuat tuntutan manafaat terhadap TKKK Surau Ar Rayyan@Larai perlulah menyerahkan kepada Ahli Jawatankuasa TKKK Surau Ar-Rayyan@Larai dokumen berikut:
- Salinan Sijil Kematian, dan atau;
- Permit Kubur
- Semua tuntutan manafaat akan dimasukkan ke dalam akaun ahli atau waris yang sah setelah permohonan tuntutan manafaat dikemukakan dan diluluskan.
- Pengurusan Jenazah
- Surau Ar-Rayyan@ Larai akan membimbing pihak waris dalam urusan berkaitan dokumentasi dan Prosedur Laporan Kematian dan menziarahi waris simati.
- Deklarasi
- Kewangan khairat juga digunakan bagi urusan kebajikan ahli khairat dan ahli kariah mengikut keperluan dan budi bicara pengurusan khairat.
- Sebarang pindaan kepada terma dan syarat ini tertakluk kepada keperluan semasa.
- Sekirannya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau terma dan syarat khairat kematian ini, keputusan Jawatankuasa khairat kematian adalah muktamad.
- Penyelaras TKK SAR & Blok
Tarikh Dikemaskini : 6 Februari 2024
|